Pengubatan Islam Seiring Syariat

Rawatan menerusi bacaan Al Quran & Tazkirah

myMetro | Perubatan Islam tiada jampi, mantera

myMetro | Perubatan Islam tiada jampi, mantera.

Perubatan Islam tiada jampi, mantera

Oleh Mohd Fadly Samsudin
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERSAMA KELUARGA....keluarga pesakit yang menjalani rawatan boleh bersama-sama membantu<br />
memberi sokongan.” src=”<a href=http://www.hmetro.com.my/articles/PerubatanIslamtiadajampi_mantera/pix_middle&#8221; height=”332″ width=”500″ />
BERSAMA KELUARGA….keluarga pesakit yang menjalani rawatan boleh bersama-sama membantu memberi sokongan.

AMALAN sihir terlalu luas ilmu dan perlakuannya. Ia boleh disampaikan melalui pelbagai cara termasuk makanan, minuman, angin, perbualan telefon, bersalaman, berpelukan serta pandangan mata.

Namun, ramai yang tidak terfikir ada segelintir manusia berniat jahat menggunakan khidmat bomoh atau pawang untuk melakukan penganiayaan terhadap orang lain.

sebelum   selepas

  • FotoBERGABUNG…sokongan pendoa, pembantu perubatan serta individu lain ketika menjalani rawatan yang menggunakan bacaan ayat suci al-Quran.
  • FotoBERSELAWAT…sebelum proses rawatan majlis didahului dengan bacaan tazkirah, berzikir munajat dan serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Kaedah lain yang dikesan dalam amalan sihir ialah santau sama ada melalui tiupan angin ke dalam makanan, minuman atau mengambil barangan milik seseorang seperti gambar, rambut dan pakaian.

Sebab itu, Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir. Orang yang mempelajari ilmu sihir, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka.” (Surah al-Baqarah ayat 102)

 
Rasulullah s.a.w menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang merosakkan serta menghancurkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Sahabat bertanya: ‘Apakah tujuh perkara itu, Ya Rasulullah?” Jawab Nabi, iaitu: ‘(1) menyekutukan Allah, (2) sihir (3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali kerana hak (4) makan harta riba (5) makan harta anak yatim, (6) lari dari peperangan, (7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman'”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mengharamkan perbuatan sihir atau berjumpa tukang sihir untuk mengubati penyakit yang dikenakan kepadanya atau untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Ibnu Mas’ud berkata: “Barang siapa ke tukang ramal, atau tukang sihir atau tukang tenung, kemudian dia bertanya dan percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka sungguh dia kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w”. (Riwayat Bazzar dan Abu Ya’la)

Bukan saja tukang sihir bahkan mereka yang percaya terhadap sihir itu juga berdosa besar.

Lebih-lebih lagi, sihir itu digunakan untuk melakukan kejahatan seperti mengganggu kebahagiaan orang dan memecahbelahkan hubungan suami isteri.

Bagi menjaga keselamatan diri dan mengubati penyakit, terdapat cara terbaik yang menurut ketetapan syariat. Jika sihir tidak memberi kesan dan tidak memudaratkan tentulah Allah s.w.t tidak akan memerintahkan kita supaya berlindung dengan-Nya daripada kejahatan sihir.

Bagi mereka yang terkena penyakit ‘buatan’ seperti ini, pasti akan mencari kaedah perubatan terbaik untuk pulih. Masa itu, tiada lagi difikirkan, malah sanggup berhabisan wang ringgit untuk membayar kos rawatan.

Memandangkan rawatan moden di hospital tidak dapat ‘membantu’ memulih penyakit terpaksalah merujuk masalah mereka kepada pengamal perubatan Islam.

Namun, bukan mudah mendapatkan rawatan berlandaskan syariat kerana ramai yang tertipu. Jadi, orang ramai perlu berhati-hati kerana ada pihak turut menggunakan al-Quran untuk mengaburi mata orang ramai.

Lihatlah latar belakang mereka yang menjalankan rawatan berkenaan terlebih dahulu dan pilih mendapatkan rawatan daripada mereka yang pakar dalam bidang perubatan serta faham hukum agama.

Elak mendapatkan rawatan daripada pihak yang mengenakan caj terlalu tinggi. Mereka bukannya mengikut tuntutan agama, tetapi hanya mahu keuntungan semata-mata.

Tindakan itu memberi gambaran yang tidak baik kepada amalan perubatan Islam dan agama kerana tersasar daripada falsafah perubatan Islam yang menekankan konsep tolong menolong.

Pengarah Pusat Perubatan Islam Seiring Syariat (PPISS), Datuk Dr Basharuddin Panjang Ahmad, berkata sihir itu adalah gabungan atau kombinasi antara iblis dan jin.

“Hukum mengamalkan sihir itu adalah haram manakala pengamalnya kufur. Sihir mendatangkan kemudaratan dan bahaya kepada manusia tanpa memberi sebarang manfaat.

“Perubatan Islam jelas menggunakan al-Quran sebagai bacaan dalam rawatan tanpa adanya jampi atau mantera yang meragukan,” katanya.

Beliau berkata, di PPISS sebelum proses rawatan, diadakan majlis bacaan Al-Fatihah, beristighfar, syahadah, tazkirah ringkas, bertahmid, bertakbir, berzikir munajat dan serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

“Pesakit bersama-sama perawat akan membaca beberapa surah atau potongan surah dari al-Quran dan doa.

“Rawatan berlandaskan syariat akan membaca al-Quran secara jelas tanpa berbisik-bisik selain membenarkan ahli keluarga bersama-sama ketika dirawat,” katanya.

Dr Basharuddin berkata rawatan alternatif kaedah Islam bukan sahaja berperanan membentuk kesinambungan usaha rawatan moden, malah pelengkap dalam menilai serta menyelesaikan masalah atau penyakit.

“Rawatan bukan tidak terhad untuk mengubati penyakit, malah bertindak menghalang dan menilai secara menyeluruh sebab penyakit dan langkah pencegahannya,” katanya.

Beliau berkata rawatan kaedah Islam mengamalkan terapi secara informasi iaitu menggabungkan bacaan doa, zikir, bacaan Al-Quran, tazkirah dan motivasi dalam rawatan.

“Sehingga kini ramai pesakit yang sembuh daripada penyakit seperti gangguan jin, saka, kencing manis, barah, masalah rumah tangga, sakit lutut, batu karang dan sebagainya.

“Asas perubatan ini bermula daripada keyakinan bukan saja melalui minda atau akal tetapi hati. Setiap manusia dianugerahkan ‘kuasa’ akal dan minda yang berupaya menguasai pergerakan sistem badan,” katanya.

Beliau berkata ilmu perubatan Islam merangkumi kaedah moden, alternatif dan tradisional untuk memenuhi gaya kehidupan yang aman dan harmoni.

“Panduan yang digunakan dalam Islam untuk menilai dan menentukan gaya hidup yang baik itu adalah berdasarkan al-Quran dan contoh daripada Nabi Muhammad.

“Perubatan Islam mensyaratkan kita berusaha memperbaiki gaya hidup, berusaha untuk memulihkan kesihatan dan memohon keizinan daripada Allah kerana Dialah yang menyembuhkan segala penyakit.

“Di PPISS kami gabungkan sokongan pendoa, pembantu perubatan serta individu lain.

“Sebagai agama tauhid, penyembuhan penyakit melalui penggunaan ayat al-Quran dan doa yang diamalkan junjungan Nabi Muhammad s.a.w memainkan peranan penting,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, Muhd Zainul Asri Ramli, berkata setiap perbuatan jahat yang dilakukan bagi menganiaya sesama insan pasti Allah membalasnya di dunia lagi.

“Mengamalkan ilmu sihir untuk menyakiti atau mengkhianati orang lain adalah syirik. Mereka kekal sebagai ahli neraka selagi tidak mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuha.

“Kesedaran orang ramai berkenaan dengan tegahan Islam dalam amalan ilmu sihir ini diharap dapat membantu masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang benar.

“Peranan ulama serta tokoh agama dalam hal kritikal ini cukup penting terutamanya menanamkan dalam hati masyarakat bahawa kaedah yang bertentangan dengan agama perlu ditinggalkan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata amalan sihir akan mewujudkan masyarakat yang lemah akhlak serta pegangan akidahnya.

“Islam mahukan umatnya berpegang teguh kepada prinsip asas syariah supaya menjalani kehidupan dengan menjaga agama, nyawa, keturunan dan harta.

“Justeru, segala perbuatan syirik dan khurafat dalam masyarakat hendaklah dibanteras,” katanya.

Mengulas kaedah rawatan Islam yang terbaik, Muhd Zainul berkata orang ramai dinasihatkan jangan mendapatkan rawatan daripada pengamal yang menggunakan kaedah kemenyan, berasap, menurun atau menilik.

“Pengamal perubatan Islam dikenali sebagai ‘tibb nabawi’ yang mempraktikan perubatan berasaskan sumber dari al-Quran sebagai (syifa) dan Sunnah.

“Pelaksanaan perubatan Islam perlu tahu membezakan antara yang benar dan syirik. Perubatan Islam tidak sekadar membacakan ayat al-Quran atau jampi, tetapi yakin terhadap kuasa Allah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/01/06

Doa

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah) Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak – anak kami serta sesiapa saja yang bersama – sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta. (perkenankanlah).

MENGAPA MEMILIH PERUBATAN ISLAM SEIRING SYARIAT?

Holistik dan Menyeluruh

Rawatan alternatif kaedah Islam dan holistik ini bukan sahaja berperanan sebagai satu bentuk kesinambungan usaha rawatan moden malah menjadi pelengkap dalam menilai dan menyelesaikan masalah sesuatu penyakit. Rawatan ini bukan sahaja sebagai langkah reaktif yang bertindak untuk mengubati penyakit sahaja malah bertindak preventif dan proaktif yaitu menilai aspek menyeluruh dari segi sebab penyakit, langkah pencegahan dan sebagainya. Pendekatan secara holistik ini adalah satu cara penyelesaian untuk jangka panjang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mendapat penyakit yang disebabkan kuman yang dibawa oleh lalat, kita tidak hanya merawat penyakit tersebut dan mencari punca penyakit itu. Punca jangkitan disini adalah kuman yang datang dari lalat. Pendekatan moden hanya memberi penawar penyakit dan pembunuh kuman serta lalat sebagai reaksi jangkitan itu. Tetapi dalam holistik, kita turut menilai sebab kehadiran lalat membawa penyakit itu. Lalat itu kemungkinan datang dari longgokan sampah terbiar yang berada dikawasan tempat pesakit menginap. Sekiranya sampah tersebut dialihkan atau dibersihkan, maka masalah lalat itu akan berakhir. Contoh ini walaupun tidak dapat memberi gambaran yang lebih tepat berkenaan pendekatan prenventif dan proaktif dalam holistik tetapi jelas untuk difahami peranannya sebagai satu rawatan alternatif selain rawatan moden.

Gaya Hidup Sihat dan Harmoni.

Islam bukan sekadar agama atau kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dan Muhammad Pesuruh Allah tetapi menjadi tunjang dalam setiap aspek kehidupan. Bidang dan ilmu perubatan sama ada moden, alternatif atau tradisional termasuk dalam Islam. Islam adalah gaya kehidupan yang menaja keamanan dan keharmonian. Islam menyarankan kita mencintai diri sendiri, keluarga dan orang lain. Gaya kehidupan yang sihat ini merangkumi cara pemakanan, pergaulan, pemikiran, kerohanian dan sebagainya. Semua gaya hidup yang baik dan sihat ini disarankan oleh semua orang, semua kaum, semua agama dan semua kepercayaan. Bagaimanapun, panduan yang digunakan dalam islam untuk menilai dan menentukan standard gaya hidup yang baik dan harmoni itu berdasarkan Al Quran dan ‘Role Model‘ Muhammad Pesuruh Allah. Gaya hidup yang baik dan sihat adalah satu usaha menurut Islam berhubung kait dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa menjaga diri, fizikal, mental dan spiritual adalah tanggungjawab setiap individu. Tanggungjawab ini bukan sahaja tanggungjawab umum sebagai seorang manusia didunia tetapi juga sebagai amanah dari Pencipta manusia dan alam semesta ini. Pencipta manusia ini telah mencipta akal manusia dan alam semulajadi. Hubungan antara Pencipta, Manusia dan Alam termasuk dalam satu sistem. Alam dan manusia ini boleh berusaha bantu membantu tetapi hanya Pencipta yang akan mengizinkan, memperbaiki, menguruskan dan memudahkannya. Pencipta yang dimaksudkan adalah Allah, Tuhan yang Esa(Satu). Justeru itu, syarat dalam perubatan Islam ialah perlulah berusaha memperbaiki gaya hidup yang baik, berusaha untuk memulihkan kesihatan dan memohon keizinan Pencipta kerana Dialah yang mencipta ujian dan Dialah yang menyembuhkan penyakit. Perawat bukanlah yang menyembuhkan penyakit, bukan juga teknologi dan ubat penawar yang menyembuhkan. Tugas perawat menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang terbaik adalah untuk bersama – sama membantu memohon keampunan dan rahmat dari Allah, tuhan pencipta. Adalah salah sekiranya perawat meminta pertolongan dari kuasa alam atau kuasa ghaib selain dari Allah, tuhan pencipta manusia dan alam.

ESQ

Kaedah Islam bukan hanya menggunakan pendekatan secara fizikal dan mental, tetapi turut mencari penyelesaian melalui aspek kerohanian. Dewasa ini, banyak pendekatan motivasi mempraktikkan aspek ini yang dikenali sebagai Spiritual Intelligence – SQ, selain menyentuh aspek Mental – IQ dan Emotional Intelligence – EQ. Gabungan pendekatan tersebut dikenali sebagai ESQ.

Terapi Informasi

Selain itu, rawatan kaedah islam juga mengamalkan terapi secara informasi (Information Therapy) yang menggabungkan bacaan doa, zikir, bacaan Al Quran, tazkirah dan motivasi dalam rawatan. Sebahagian dari anda mungkin terfikir adakah logik jika anda telah disahkan oleh doktor mendapat barah hati setelah sekian lama batuk berdarah terus mendapat rawatan hospital tetapi pada masa yang sama ingin mencuba rawatan alternatif lain yang hanya menggunakan bacaan doa?

Sesungguhnya asas perubatan ini adalah bermula dari keyakinan. Keyakinan itu bukan sahaja melalui minda atau akal, tetapi dari  dalam hati. Setiap manusia dianugerahkan kuasa ajaib yang dapat menakluki bumi ini dan berbeza dengan makhluk lain. Kuasa ini adalah akal atau minda kita. Kuasa pada minda kita ini mampu untuk menguasai pergerakan sistem badan kita sendiri.

Kata-kata aluan Pengarah Perubatan Islam (PPISS)

Assalamualaikum w.b.t,

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T pada hari ini dengan tertubuhnya atas nama Pusat Perubatan Islam Seiring Syariat (PPISS) semenjak 4 tahun yang lalu dengan sokongan dari pendoa – pendoa perubatan dan pembantu perubatan serta individu yang berkorban untuk membantu samada dari sokongan material mahupun logistik telah membantu melicinkan pentadbiran bagi membantu perkembangan perubatan alternatif kepada masyarakat tidak mengira kaum atau pegangan agama.

Sebagai satu agama tauhid yang antara lain membawa penyelesaian pada umatnya termasuk kaedah penyembuhan penyakit melalui penggunaan ayat – ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh junjungan Nabi Muhammad SAW. Disini PPISS telah memainkan peranan dan Alhamdulillah dengan izin Allah sehingga kini ramai pesakit yang telah sembuh seperti sakit gangguan jin, saka, kencing manis, barah, masalah rumahtangga, sakit lutu, batu karang dan sebagainya.

Status PPISS bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari Al Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang – orang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang – orang yang zalim selain kerugian.” – Surah Al Isra: Juzuk 15, Ayat 82.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud ” Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit akan sembuh dengan izin Allah.” – Riwayat Muslim dan Ahmad.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada hamba – hambaNya sebagaimana yang dinyatakan didalam Al Quran yang bermaksud, ” Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba – hambaNya dan Dia lah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” – Surah Yunus: Juzuk 11, ayat 107.

“Katakanlah Hai manusia,sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatan itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu.” – Surah Yunus: Juzuk 11, ayat 8.

“Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadaMu, dan bersabarlah hingga Allah memberi keputusan dan Dia adalah hakim yang sebaik – baiknya.

Akhir kata semoga laman web ini akan memberi panduan kepada manusia khasnya umat islam untuk mencari rawatan alternatif selain di hospital atau di klinik yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat islam.

Sekian, wassalam.

Dato’ Dr. (Ust) Basharuddin Bin Hj Panjang Ahmad.

Pengarah Pusat Perubatan Islam Seiring Syariat

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.